Bella Hadid wanita tercantik di dunia

Iklan
Instagram Dr Julian De Silva

SUPERMODEL terkenal Bella Hadid dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia, menurut kajian Greek Golden Ratio of Beauty Phi.

Menurut kajian itu, wajah Hadid, 23, mencapai hampir 94.35 peratus tahap kesempurnaan Golden Ratio menjadikannya paling dekat dengan 'idea kesempurnaan Greek purba'.

Iklan
Iklan

Dapatan itu merupakan sebahagian daripada kajian yang dijalankan pakar bedah plastik Dr Julian De Silva yang membuat penilaian khusus terhadap mata, bulu kening, hidung, bibir, dagu, rahang serta bentuk muka beberapa selebriti wanita terkemuka.

Dalam kajian itu, Beyoncé mendapat tempat kedua diikuti Amber Heard dan Ariana Grande.

Iklan

De Silva berkata, The Golden Ratio itu merupakan persamaan matematik yang dicipta oleh orang Greek dalam usaha menilai kecantikan wajah sebenar.

Menerusi status di Instagram beliau, De Silva menjelaskan bagaimana persamaan itu berfungsi.

Iklan

Menurutnya, persamaan itu mula digunakan sejak zaman Kebangkitan Eropah di mana artis akan menggunakan ratio daripada kaedah persamaan matematik sebagai sejenis bantuan dalam menghasilkan karya mereka. - Agensi