Pelanggan 5G di Eropah masih percaya Huawei

Iklan
Gambar hiasan

ZURICH - Pengendali mudah alih di Eropah masih berlumba-lumba untuk mendapatkan perkhidmatan rangkaian Generasi Kelima (5G) disediakan Huawei walaupun syarikat teknologi gergasi di China itu mungkin berdepan pengawasan rasmi selepas Amerika Syarikat (AS) mendakwa ia mengancam keselamatan.

Separuh daripada 65 perjanjian komersial yang ditandatangani bersama Huawei adalah pelanggan di rantau Eropah.

Iklan
Iklan

"Ini menunjukkan kepercayaan konsisten dan jangka panjang pengguna di Eropah. Kami sangat berterima kasih atas kepercayaan mereka ketika kami berdepan waktu sukar ini," kata Ketua Perniagaan 5G Huawei, Yang Chaobin ketika menyertai persidangan pelanggan di Zurich.

Kebanyakan pengendali memberikan testimoni positif terhadap rangkaian 5G disediakan Huawei yang telah beroperasi sejak enam bulan lalu.

Iklan

Huawei juga memaklumkan ia telah mempelbagaikan sumber pembekal bagi memenuhi permintaan pelanggan untuk peralatan rangkaiannya walaupun tanpa komponen dihasilkan dari AS.

Difahamkan, tiga perempat daripada 400,000 stesen pangkalan 5G telah dibekalkan sejak berdepan larangan AS.

Iklan

"Keputusan menyenaraihitamkan kami tidak memberikan impak kepada peralatan 5G. Prestasi dan spesifikasi produk dengan komponen kami sendiri akan menjadi lebih baik," tambah Yang lagi. - Agensi