Anggota utama LTTE diberkas
Iklan
KILINOCHCHI - Polis menemukan sejumlah besar alat letupan bersama senjata api di rumah anggota utama Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Ambalamkulam, Sri Lanka ketika serbuan pada Jumaat lalu.
Joseph Peter Robinson, 36, ditahan tentera berhampiran jambatan Kiliweddi sebelum diserahkan kepada polis Kilinochchi untuk siasatan lanjut pada hari sama.