5 juta M40 dijangka terima subsidi petrol: Menteri KPDNHEP

Iklan

KUALA LUMPUR - Kira-kira 5 juta golongan berpendapatan sederhana (M40) dijangka turut menerima manfaat menerusi Program Subsidi Petrol (PSP) bersasar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah berkenaan merupakan tambahan penerima PSP daripada 2.9 juta penerima daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Iklan
Iklan

Beliau menjawab soalan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang ingin tahu mengenai kesediaan kerajaan untuk melaksanakan inisiatif subsidi petrol bersasar.

Jumaat lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 mengumumkan kelompok yang tidak tergolong dalam B40 juga boleh menikmati subsidi berkenaan melalui Kad95 yang akan diberikan kepada mereka yang layak – berpendapatan kurang RM4,000, tetapi tidak tersenarai dalam BSH.

Iklan

Saifuddin Nasution berkata, mekanisme untuk mengenal pasti 5 juta penerima yang layak itu akan dibincangkan dengan pihak berkaitan termasuk Kementerian Kewangan, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Tenaga Nasional Bhd.

Saifuddin Nasution ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Menjawab soalan tambahan Dr Kelbin sama ada nilai subsidi itu akan dinaikkan jika terdapat peningkatan minyak mentah dunia, Saifuddin Nasution berkata, nilai itu akan berubah jika terdapat perubahan iklim ekonomi dunia.

Iklan

"Ketika membuat perancangan libat urus dengan pemain industri sudah tentu kita menjangkakan kedudukan harga minyak mentah dunia pada ketika itu berada pada AS$50 hingga AS$60 setong, bertindak daripada panduan itu, apabila berlaku perubahan iklim politik dunia dan berlakunya kenaikan, kerajaan akan melakukan 'adjustment' mengikut keadaan ketika itu," tambahnya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Bantuan subsidi petrol diperluas kepada M40

Program Subsidi Petrol lebih baik berbanding sistem sekarang