'BN tak pernah janji bayar royalti minyak kepada Kelantan'

Iklan
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) tidak pernah berjanji untuk memberikan wang royalti minyak kepada Kelantan sebaliknya bayaran itu diberi dalam bentuk wang ihsan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, wang ihsan itu juga dibayar lebih tinggi kepada negeri berkenaan.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya kita beri wang ihsan sejumlah lebih besar, satu lagi kita tidak berjanji (untuk bayar royalti).

"Bagaimana nak yakin dengan Belanjawan 2020 kalau manifesto tipu, Belanjawan 2019 gagal, saya yakin Belanjawan 2020 juga akan gagal,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang bangkit mencelah bertanyakan pendirian Ismail Sabri ketika menjadi menteri di mana kerajaan BN tidak membayar royalti Kelantan selama 60 tahun memerintah.

Terdahulu, Ismail Sabri ketika membahaskan Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Jumaat lalu berkata, ketiadaan projek berimpak tinggi di Pantai Timur khususnya di Terengganu dan Kelantan memperlihatkan kerajaan dipimpin PH ketika ini kritikal.

Iklan

Katanya, dengan ketiadaan projek itu seolah-olah menggambarkan kerajaan ingin menghukum kedua-dua negeri yang sedang ditadbir Pas.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan PH tidak diskriminasi Kelantan isu royalti minyak: Husam

Menurutnya, Kelantan dan Terengganu sepatutnya mendapat peruntukan lebih besar dan dilaksanakan projek berimpak tinggi untuk membantu pembangunan negeri memandangkan pendapatan per kapita rakyat di negeri itu dikatakan amat rendah.

"Dalam kajian separuh penggal telah disebut mengenai merapatkan jurang antara kawasan ini. Kita nak tanya di mana projek berimpak tinggi dalam Rancangan Malaysia Ke11 (RMK11).

"Oleh kerana tiada projek berimpak tinggi, mungkin tuntutan royalti 20 peratus perlu diberikan oleh kerajaan Persekutuan,” katanya.