ATM johan keseluruhan Kejohanan Tinju Piala Malaysia 2019

Iklan
Pengerusi Sukan Tinju ATM, Kolenel Khairul Anuar Yaacob (tengah) bergambar bersama hadiah yang dimenanginya bersama anggota kumpulannya pada Kejohanan Tinju Piala Malaysia di Kompleks Sukan Paroi malam tadi. - Foto Bernama

PERSATUAN Tinju Angkatan Tentera Malaysia (ATM) muncul johan keseluruhan Kejohanan Tinju Piala Malaysia 2019 yang berlangsung di Kompleks Sukan Paroi di sini malam semalam.

ATM berjaya mengumpul enam pingat dengan lima pingat emas disumbang oleh Muhamad Fuad Ridzuan dalam kategori lelaki elit (49 kg), Jemis Wong Lee Onn (52 kg), Mohamad Zulkailani Mohd (56 kg), Mohd Aswan Che Azmi (75 kg), Khir Akyazlan Azmi (81 kg) manakala gangsa disumbang oleh Ahmad Hafiezuddin Roslan (64 kg).

Iklan
Iklan

Tempat kedua kejohanan tersebut diperoleh Persatuan Tinju Felda dengan tiga pungutan pingat masing-masing emas, perak dan gangsa yang disumbangkan oleh Andrew Laba kategori lelaki elit (64 kg), Kenny Dalglish Ak Pangkas (52 kg) dan Mohamed Hafiz Borajak (81 kg).

Persatuan Tinju Pulau Pinang sekadar berpuas hati di tempat ketiga dengan memperoleh empat pingat keseluruhan melibatkan satu emas, satu perak dan dua gangsa.

Iklan

Pingat Pulau Pinang disumbangkan oleh Mohamad Asuad Mohd Halim bagi kategori lelaki elit (69 kg/emas), Jhonathan Siagian (64 kg/perak) dan gangsa disumbangkan oleh petinju wanita Nur Hanie Hasli dan Nur Alisysha Ramlee bagi kategori wanita elit (60 kg).

Pada kejohanan itu Muhamad Fuad dari ATM turut dinobatkan sebagai petinju terbaik kejohanan.

Iklan

Kejohanan yang berlangsung selama lima hari bermula Selasa lepas mendapat penyertaan daripada 13 pasukan daripada seluruh negara. - Bernama