Isteri maut suami parah terlibat kemalangan
Iklan
ROSILAWATI ROSEDI
KUALA KRAU - Seorang wanita maut manakala suaminya cedera parah selepas pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Paya Luas dekat Kuala Krau hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.53 tengah hari itu, Toyota Hilux yang dinaiki pasangan suami isteri itu turut melanggar pokok kelapa sawit.