Keluarga bimbang kesihatan Gunasekaran
Iklan
Annun (kiri) bersama ibu serta abangnya berharap bapanya dapat dibebaskan.
SEREMBAN -"Kami risau dengan keadaan kesihatan bapa yang ada tekanan darah rendah kerana setiap hari dia perlu makan ubat," kata G Annun Nancy, anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran yang ditahan polis kerana dipercayai terbabit perjuangan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Menurutnya, keluarga masih belum berpeluang berjumpa dengan Gunasekaran sejak beliau ditahan Khamis lalu.
Iklan
Iklan
Anak bongsu Gunasekaran itu berkata, ibunya paling terkesan dengan penahanan itu sehingga tahap kesihatannya merosot.
"Ibu sangat sedih ditambah pula dengan usianya yang hampir mencecah 60 tahun sudah tentu kesihatannya mudah terganggu.
Iklan
"Saya percaya bapa tidak bersalah dan berharap kami dapat berjumpa dengannya,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Baru Rahang di sini hari ini.
Terdahulu mereka sekeluarga menerima kunjungan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke pada jam 10 pagi.
Iklan
Khamis lalu, Gunasekaran ditahan sepasukan polis dari Bukit Aman di rumahnya di Kampung Baru Rahang.
ARTIKEL BERKAITAN ADUN DAP ditahan bawah SOSMA
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Seorang hulur RM1 pun saya syukur' - Ibu gigih kumpul dana rawat anak derita Sindrom Alagille"><meta itemprop="description" content="Hati seorang ibu mana yang tidak sayu apabila melihat anak kecil yang baru berusia tiga tahun sudah diuji kesakitan ketika sedang berjuang melawan penyakit Sindrom Alagille.
Penyakit yang dihidapi Aisy Nur Dareesa Mohd Sahril Azuan itu merupakan penyakit genetik yang jarang berlaku dan boleh menjejaskan beberapa organ utama seperti hati, jantung, mata, tulang dan buah pinggang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769088/edisi/melaka-ns/seorang-hulur-rm1-pun-saya-syukur---ibu-gigih-kumpul-dana-rawat-anak-derita-sindrom-alagille
Muzik: Veance D- Rustle od Leaves dari Bensound.com 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bantuan #AisyNurDareesa"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-24T03:00:57.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/a6aYC1fdHHfe5YnzG/x120"><meta itemprop="duration" content="P254S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0mavg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0mavg"></script>