Polis usah takut siasat pemimpin terlibat LTTE: Ismail Sabri
Iklan
Ismail sewaktu sidang akhbar di lobi Parlimen tadi.
KUALA LUMPUR - Pemimpin pembangkang mahu polis meneruskan siasatan terhadap pemimpin DAP yang diberkas kerana dikaitkan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, pihaknya sentiasa memberi sokongan dan berharap polis tidak takut meneruskan siasatan berkenaan tidak kira sesiapapun yang terlibat baik menteri mahupun timbalan menteri.
Iklan
Iklan
"Kami ingin ucapkan tahniah kepada polis kerana berjaya membuat tangkapan terhadap kumpulan militan yang terlibat LTTE termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP.
"Isu ini serius kerana ia melibatkan isu keselamatan negara. Tak wajar kalau Malaysia dijadikan pangkalan untuk pergerakan kumpulan LTTE,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen petang tadi.
Iklan
Ahli Parlimen Bera itu berkata, pembangkang juga kesal apabila DAP menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menyatakan beliau mendapat jaminan polis bahawa tiada tangkapan lain akan dibuat terhadap pemimpin DAP.
"Ini merupakan campur tangan dan ugutan kepada polis kerana ia melibatkan menteri. Saya harap pihak polis tak berasa tertekan, tak rasa bimbang dengan kenyataan beliau (Guan Eng).
Iklan
"Saya percaya rakyat di belakang polis dan kami menyokong polis untuk selesaikan isu ini demi menjamin keselamatan negara,” katanya.
Tegas beliau, penangkapan mereka yang dikaitkan dengan LTTE itu bukanlah isu kaum, agama atau politik.
"Ini adalah isu keselamatan negara. Kami tak mahu ada pihak kaitkan isu ini dengan isu perkauman. Kami tak mahu negara dijadikan pangkalan kumpulan pengganas,” katanya.
Tujuh individu termasuk dua ADUN DAP dari Melaka dan Negeri Sembilan ditahan semalam kerana disyaki mempunyai hubungan dengan LTTE.
Terdahulu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya polis tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap individu yang menyokong dan mempromosi kumpulan pengganas.
ARTIKEL BERKAITAN 7 individu tidak sepatutnya ditahan bawah SOSMA: Ramasamy
PDRM beri amaran kepada individu sokong pengganas
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>