KUD@KPLB Putrajaya 2019 janjikan kelainan

Iklan

Karnival Usahawan Desa (KUD@KPLB) 2019 bakal menjanjikan kelainan dan dijangka lebih meriah berbanding tahun sebelum ini.

Karnival yang akan diadakan pada 17 hingga 21 Oktober ini di Jalan Permodenan (Pekarangan Istana Kehakiman), Presint 3, Putrajaya, diyakini mampu membangkitkan fenomena luar biasa.

Iklan
Iklan

KUD@KPLB Putrajaya 2019 yang akan berlangsung selama lima hari itu akan memartabatkan produk dan perkhidmatan usahawan luar bandar melalui perluasan akses pasaran.

Pelbagai program menarik menanti pengunjung antaranya pameran dan jualan usahawan, aktiviti keusahawanan, pameran inovasi dan mesin, laman ternakan dan haiwan peliharaan, forum ilmiah, aspirasi seni dan gerai makanan.

Iklan

Bukan itu sahaja, aktiviti memperkasakan perniagaan dan keusahawanan turut diadakan. Antaranya:

Padanan Perniagaan

Iklan