Polis kenal pasti suspek kes bunuh warga emas

Iklan
PDRM

AMPANG - Polis telah mengenal pasti seorang suspek yang dipercayai terlibat dengan kes seorang warga emas ditemui mati dengan kedua tangannya diikat di Pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Ampang Jaya, di sini, 19 September lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya menemui beberapa kesan cap jari suspek di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

"Suspek yang merupakan seorang gelandangan berusia dalam lingkungan 30-an, turut mempunyai beberapa rekod kes lampau termasuk kes dadah dan jenayah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini.

Noor Azmi berkata, pihaknya turut menemui kesan kemungkinan serangan seksual luar tabii ke atas mangsa.

Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, wanita yang berusia 85 tahun itu dijumpai dalam keadaan tertiarap oleh anak keduanya yang pulang dari bekerja.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Iklan

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan A Wiswanathan di talian 012-3198918.