JPJ Terengganu giat banteras kereta klon
Iklan
jpj
KUALA TERENGGANU- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu tekad menggiatkan lagi usaha membanteras segala bentuk kesalahan melibatkan kereta klon agar ia tidak terus menular.
Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata ini kerana kajian menunjukkan negeri itu tersenarai sebagai negeri tertinggi terlibat dalam kes kereta klon sejak 2014 hingga 2018.
Iklan
Iklan
Katanya, sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 296 kenderaan klon telah dikenal pasti dan disita.
"Tahun lepas sahaja, sebanyak 20 kenderaan klon disita, antaranya jenis Honda Jazz dan Mini Cooper. Kebiasaannya individu yang sering menjadi mangsa penipuan kereta klon ini adalah golongan yang meminati kereta mewah.
Iklan
"Pihak yang tidak bertanggungjawab itu akan menjadikan mereka sebagai sasaran dengan menawarkan pakej harga murah dan janji kononnya kenderaan tersebut tidak mempunyai sebarang masalah,” katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi khas Tahun Baharu 2019 awal pagi tadi.
Bagi mengelak perkara sedemikian berulang, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan janji manis penjual, sebaliknya membuat semakan di kaunter JPJ.
Iklan
Menurut Zulkarnain, sepanjang tempoh Jan hingga Dis 2018 juga, sebanyak 156,000 kenderaan telah diperiksa dan daripada jumlah itu sebanyak 4,385 kesalahan telah direkodkan manakala 29,250 notis dikeluarkan, atas pelbagai kesalahan termasuk gagal mematuhi lampu isyarat dan menggunakan lorong kecemasan.
Mengenai operasi awal pagi tadi, beliau berkata sebanyak 616 notis saman telah dikeluarkan, atas pelbagai kesalahan termasuk menggunakan cermin gelap yang tidak mematuhi peraturan sedia ada.Sebanyak lapan motosikal dan sebuah kereta turut di sita.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'"><meta itemprop="description" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #botdirempuh #nelayanasing"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T08:31:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P110S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt2pm6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt2pm6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt2pm6"></script>