'Kami menyampah orang buang sampah merata-rata'

Iklan
Pekerja MPK sedang mengutip sampah yang dibuang orang ramai di Teluk Chempedak, Kuantan. -Foto Facebook MPK

KUANTAN - 'Kami menyampah orang buang sampah merata-rata #menyampah,' demikian mesej yang cuba disampaikan oleh petugas Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) terhadap segelintir masyarakat yang suka membuang sampah merata-rata.

Mesej yang disampaikan menerusi tulisan yang tertera di belakang pakaian petugas MPK diharap dapat menyedarkan masyarakat terhadap perilaku buruk berkenaan.

Iklan
Iklan

"Pembuangan sampah merata-merata termasuk 'sampah tingkap' (sampah di buang dari kenderaan) dan pembuangan sampah di kawasan peranginan seperti Teluk Chempedak, (Pahang) masih menjadi amalan biasa di kalangan orang ramai.

"Kerja-kerja pembersihan litter picking yang dilakukan saban hari petugas MPK dan Alam Flora dilihat sebagai tiada penghujungnya," menurut kenyataan MPK yang dipetik menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.

Iklan

Menurut MPK lagi, pihaknya juga telah mengeluarkan sejumlah kompaun kepada pengunjung yang melakukan kesalahan membuang sampah di Teluk Chempedak.

"Setiap kompaun yang berjumlah RM100 bagi setiap kesalahan oleh Penguatkuasa Majlis berpakaian preman dan aktiviti penguatkuasaan ini akan digiatkan sepanjang masa di lain-lain kawasan tumpuan pengunjung bagi mendidik orang awam tentang rasa tanggungjawab memelihara kebersihan persekitaran bandar yang kita sayangi ini," katanya.

Iklan