Bapa redah api selamatkan anak OKU
Iklan
Hanafiah (lima, kiri) menerima sumbangan PKR Tanah Merah dan Pakat.
TANAH MERAH - Demi kerana anak, seorang bapa sanggup meredah api bagi menyelamatkan tiga anak orang kurang upaya (OKU) dalam kebakaran di Blok Ulu Kusial Gual Ipoh di sini, kelmarin.
Hanafiah Hassan, bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan ketiga-tiga anaknya berusia 17 hingga 18 tahun juga selamat.
Iklan
Iklan
Menurut Hanafiah, kejadian berlaku begitu cepat dan dia tidak tahu punca kebakaran bermula dari mana.
"Lima lagi anak saya yang normal juga selamat dan mereka semua dapat keluar dari rumah.
Iklan
"Saya bersyukur, walaupun kediaman musnah, keluarga termasuk isteri kesemuanya selamat,” katanya.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Disargamani Mustafa berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.28 petang dan sampai di lokasi 30 minit kemudian.
Iklan
"Semasa kita sampai kebakaran sudah hampir 60 peratus dan kita berjaya padam kebakaran. Operasi tamat kira-kira jam 3.55 petang, tanpa sebarang kemalangan jiwa.
"Kita masih jalankan siasatan berhubung punca dan kerugian,” katanya.
Susulan kejadian itu, Timbalan Ketua Cabang PKR Tanah Merah, Hanuzi Zaharim dan Timbalan AMK Cabang, M Ezaat Hanuzi hadir menziarahi keluarga mangsa.
Keluarga berkenaan turut menerima sumbangan barangan yang disampaikan PKR Cabang Tanah Merah dan Pertubuhan Pakatan Anak Tanah Merah (Pakat).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>