Sultan Johor, Permaisuri bantu kanak-kanak hidap tumor otak
Iklan
JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisurinya, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris berkenan membantu seorang kanak-kanak yang menderita akibat tumor otak.
Khabar gembira itu disampaikan dalam status yang dimuatnaik menerusi laman Facebook The Royal Johor, di sini, sebentar tadi.
Iklan
Iklan
Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu mendapat ihsan Baginda Sultan dan Permaisuri selepas bapa kepada kanak-kanak itu merayu sumbangan orang ramai untuk pembedahan dilakukan.
Dalam kenyatannya, Tuanku Raja Zarith Sofiah bertitah, bantuan pihaknya akan dihulur berdasarkan nasihat doktor.
Iklan
"Mengetahui mengenai penderitaan kanak-kanak ini selepas ia disiarkan media, Tuanku Sultan dan saya berasa sangat tersentuh.
"Kami bersedia membantu dengan mengikut nasihat diberikan doktor," katanya kepada The Royal Press.
Iklan
Difahamkan, kanak-kanak lelaki tersebut sedang menerima rawatan intensif di Hospital Sultan Ismail (HSI).
Bantuan bagi meringankan beban keluarga dan kanak-kanak itu pula akan disediakan menerusi Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>