PRK Tanjung Piai: Kuat bekerja antara ciri calon PH

Iklan

PONTIAN - Semangat Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang kuat bekerja dan mesra mendampingi penduduk merupakan ciri-ciri calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Salahuddin Ayub berkata, sikap Allahyarham masih menjadi bualan termasuk ketika pertemuan bersama ketua-ketua kampung Tanjung Piai semalam.

Iklan
Iklan

"Saya lihat itu ciri-ciri yang penting untuk calon dari PH yang akan menggantikan tempat Allahyarham," katanya ketika ditemui di Pejabat Daerah Pontian di sini petang semalam.

Salahuddin sewaktu ditemui media di Pejabat Daerah Pontian selepas mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Sahruddin Jamal dan ketua-ketua kampung Parlimen Tanjung Piai, petang semalam.

Iklan

Terdahulu Salahuddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal mengadakan pertemuan tertutup dengan 45 ketua kampung di kawasan Parlimen Tanjung Piai.

Pertemuan lebih sejam itu turut membincangkan isu yang dihadapi masyarakat kampung sekitar itu selain mengenal pasti projek-projek yang telah dijanjikan oleh Dr Md Farid sebelum kematiannya.

Iklan

Salahudidin yang merupakan anak tempatan Serkat turut mengulangi pendirian untuk sama sama membantu melancarkan gerak kerja jentera PH bagi menghadapi PRK Tanjung Piai.

ARTIKEL BERKAITAN: PRK Tanjung Piai uji 'perkahwinan' UMNO-Pas

PRK Tanjung Piai: Pas anggap BN lebih berhak