Bekalan air di Melaka pulih
Iklan
Gambar hiasan
MELAKA - Bekalan air ke kawasan yang mengalami gangguan akibat kekurangan sumber air disebabkan paras air di sungai, kolam takungan dan empangan merosot kini pulih sepenuhnya.
Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) menerusi satu kenyataan memberitahu bagaimanapun terdapat bangunan tinggi serta pangsapuri yang masih mengalami gangguan bekalan air kerana tekanan air rendah akibat ketiadaan pam air atau pam air tidak diselenggara dengan baik.
Iklan
Iklan
"Kesabaran dan kerjasama semua pengguna yang terjejas sepanjang pihak kami melaksanakan proses pemulihan bekalan air dengan pengepaman keluar air mentah dari kolam alternatif ke Sungai Melaka serta pengepaman air secara maksimum ketika paras air sungai tinggi akibat hujan lebat di kawasan hulu Sungai Melaka amat dihargai.
"SAMB merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak termasuk kerajaan negeri, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, operator air negeri lain dan semua pihak terlibat yang menghulur bantuan sepanjang usaha pemulihan bekalan air," menurut kenyataan itu.
Iklan
Pada Khamis lepas, SPAN memaklumkan pihaknya meluluskan bekalan air berjadual melibatkan 78,405 akaun pengguna di sekitar Bandar Melaka bagaimanapun kerajaan negeri melalui SAMB menangguhkan pelaksanaannya berikutan paras air di sungai dan loji rawatan di negeri ini semakin pulih. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk lega kerajaan tangguh bekalan air berjadual
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tujuh tahun Akmal hilang' - Ibu dakwa anak hilang selepas kenal lelaki tua menyamar 'Puteri Nabila'"><meta itemprop="description" content="Sepasang suami isteri tidak dapat menahan kerinduan merayu anak sulung mereka, Muhd Akmal Shahrul Ab Rahim, 28, yang hilang sejak tujuh tahun lalu supaya pulang ke pangkuan keluarga.
Ibunya, Asiah Basiron, 51, berkata, anaknya kali terakhir dilihat pada 3 Oktober 2019 ketika keluar dari rumah mereka di Pulau Gadong kira-kira jam 5 petang untuk ke tempat kerja di sebuah kilang solar di Tanjung Minyak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805913/edisi/melaka-ns/tujuh-tahun-akmal-hilang---ibu-dakwa-anak-hilang-selepas-kenal-lelaki-tua-menyamar-puteri-nabila
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Akmal #Hilang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-24T06:16:45.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P276S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbze47m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbze47m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbze47m"></script>