Almarhum Sultan Ismail tidak lokek, 'sporting'

Iklan
Azimi menerima (AK) daripada Almarhum Sultan Ismail Petra pada tahun 2000.

KOTA BHARU - Pengacara Istana Kelantan berkongsi sikap sebenar Almarhum Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra sebagai seorang yang tidak lokek dan sporting dengan rakyatnya.

Apa tidaknya, berdasarkan pengalaman diceritakan pengacara pilihan kerabat itu atau nama sebenarnya, Azimi Mahmood, 55, berkata, beliau pernah membuat kesilapan besar ketika mengendalikan satu acara rasmi beberapa tahun lalu.

Iklan
Iklan

Perkara itu sehingga kini masih segar dalam ingatannya, yang mana Azimi berkata, dia pernah tersilap mengumumkan nama Sultan Ismail Petra dengan menyebut Almarhum Sultan Ismail Petra.

"Sejurus selesai program Tuanku datang kepada saya. Masa itu saya terkejut kerana sangat takut dimarahi. Macam mana saya tidak takut, saya tersilap sebut nama Tuanku.

Iklan

"Itulah sikap Tuanku meskipun saya membuat salah besar tetapi Tuanku memahaminya dan tidak mengeluarkan kata-kata di luar jangkaan saya,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Iklan

Sultan Ismail Petra mangkat

Sultan Ismail Petra selamat dimakamkan

Sultan Ismail Petra dekat dihati rakyat

Beliau yang sejak tahun 1993 sudah menjadi Pengacara Istana Kelantan itu juga memberitahu, Almarhum Sultan Ismail juga sangat sporting.

"Saya juga kerap bersama-sama dengan Tuanku berkunjung ke luar negara. Paling saya ingat Tuanku akan mengambil peluang sehari bersantai bersama-sama kami tanpa protokol,” katanya.

Katanya, kenangan manis juga buat diri beliau apabila menerima penganugerahan darjah kebesaran Ahli Kelantan (AK) daripada Almarhum pada tahun 2000 di Istana Negeri ketika itu.