Kedai perabot tiga tingkat terbakar

Iklan
Kedai perabot tiga tingkat di Seri Kembangan terbakar 70 peratus malam tadi. - Foto JBPM Selangor

SERDANG - Sebuah kedai perabot tiga tingkat di Seri Kembangan di sini musnah 70 peratus dalam kebakaran malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, laporan kejadian diterima jam 10.30 malam sebelum tiba di lokasi 11 minit kemudian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Bangi, dan Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi.

"Kebakaran melibatkan bangunan kelas B berkeluasan 5,000 kaki persegi yang terbakar 70 peratus dari tingkat satu hingga tingkat atas.

Iklan
Iklan

"Tiada mangsa terlibat dalam insiden tersebut. Punca kejadian dan anggaran kerugian masih disiasat," katanya.