Peperiksaan UPKK pada Isnin ditangguhkan: Jakim
Iklan
KUALA LUMPUR – Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2019 bagi subjek bertulis Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) yang dijadualkan esok ditangguhkan ke 7 Oktober depan.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataan malam tadi berkata, penangguhan itu bagi menghormati perkabungan kemangkatan Sultan Kelantan ke-28 Almarhum Sultan Ismail Petra.
Iklan
Iklan
"Jakim merafak sembah setinggi-tinggi ucapan takziah dan rasa dukacita terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Muhammad V, ahli-ahli kerabat Diraja Kelantan dan seluruh rakyat Kelantan atas kemangkatan Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.
"Berikutan pengisytiharan kerajaan Negeri Kelantan bahawa 29 September dan 30 September 2019 sebagai cuti peristiwa, Jakim memutuskan peperiksaan UPKK 2019 bagi subjek bertulis Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) yang dijadual pada 30 September 2019 (Isnin) ditangguhkan ke 7 Oktober 2019 (Isnin) bagi seluruh negara,” katanya.
Iklan
Iklan
Sultan Ismail Petra, 69, ayahanda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada jam 8.11 pagi semalam dan selamat dimakamkan di Makam Diraja Langgar.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>