KUALA LUMPUR - Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor jika pembangkang dan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon bukan Melayu.
Presiden penaja Putra, Datuk Ibrahim Ali berkata, parti yang ditubuhkan pada Mei lalu itu juga bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru membabitkan mana-mana blok parti dalam pilihan raya akan datang.