Penghormatan terakhir bermula jam 2 petang

Iklan

KOTA BHARU - Rakyat boleh mula mengunjung ziarah jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra bermula jam 2 petang hingga 4 petang hari ini di Istana Balai Besar.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Mohamad berkata, penghormatan terakhir untuk orang kenamaan juga bermula pada waktu yang sama.

Iklan
Iklan

Menurutnya, rakyat Kelantan perlu memakai baju berwarna putih dan pelawat dari luar negeri dikehendaki memakai pakaian yang sopan mengikut adat masing-masing.

"Pakaian di upacara pemakaman adalah berwarna putih. Bagi orang lelaki Melayu pakaian kebangsaan putih, samping tenun putih dan kain putih di kemuncak songkok.

Iklan

"Orang lelaki bukan Melayu pula long suit dan pegawai yang berpakaian seragam perlu mengikut peraturan masing-masing.

"Pegawai-pegawai agama Islam pula berkopiah keras dan berjubah,” katanya pada sidang media di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.

Iklan

Sementara itu, beliau berkata, bagi orang perempuan Melayu pula perlu memakai baju panjang putih dan bertudung, manakala bukan Melayu berpakaian sopan.

Dijangkakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Syah akan tiba petang ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga dijangka tiba untuk penghormatan terakhir.

Jenazah baginda akan diarak menaiki pedati khas yang akan ditarik oleh tentera sejauh tiga kilometer dari Istana Balai Besar ke Makam Diraja Langgar di sini.

Nazran Mohamad