Jerebu: Lima projek pembenihan awan berjaya dilakukan
Iklan
Yeo Bee Yin
PUTRAJAYA - Lima projek pembenihan awan berjaya dijalankan ketika negara dilanda jerebu, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.
Beliau berkata, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin mencatatkan penurunan susulan operasi pembenihan awan itu selain turut disumbangkan oleh perubahan musim.
Iklan
Iklan
"Kita juga sedang mengambil beberapa langkah untuk jangka masa panjang," katanya kepada pemberita selepas program galakan pendaftaran Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) dengan pemberian 20 peratus diskaun bil elektrik di sini hari ini.
Yeo berkata, beliau juga akan memberi kenyataan dalam masa terdekat mengenai pelan dan langkah yang akan diambil kerajaan untuk mengatasi dan menangani masalah jerebu pada masa depan.
Iklan
Mengenai pembakaran terbuka di Sarawak, walaupun telah diberi amaran, yang memburukkan lagi kualiti udara di negeri itu, Yeo berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) untuk mengambil langkah tambahan bagi membantu mengawal pembakaran terbuka di negeri itu.
"Kebakaran terbuka di Sarawak berada di bawah bidang kuasa NREB dan kementerian akan bekerjasama dengan mereka untuk memahami masalah dan menyokong kerajaan negeri untuk mengawal pembakaran terbuka di Sarawak," katanya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="KLIA makin canggih, penyeludup dadah beralih ke lapangan terbang lain termasuk Pulau Pinang, Kota Bharu - PM"><meta itemprop="description" content="KLIA makin canggih, penyeludup dadah beralih ke lapangan terbang lain termasuk Pulau Pinang, Kota Bharu - PM
Penyeludup dadah kini dipercayai beralih menggunakan lapangan terbang lain termasuk di Pulau Pinang dan Kota Bharu selepas menyedari penggunaan teknologi pengesanan lebih canggih di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan taktik itu menyebabkan kerajaan perlu memperluas penggunaan teknologi kamera litar tertutup (CCTV) analitik kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan kegiatan penyeludupan dadah di pintu masuk negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803074/berita/nasional/klia-makin-canggih-penyeludup-dadah-beralih-ke-lapangan-terbang-lain-termasuk-pulau-pinang-kota-bharu---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #pm #isuseludupdadah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T06:19:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P98S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt1wtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt1wtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt1wtu"></script>