‘Gaya saya memang begini’
Iklan
Norhizam
SHAH ALAM - Dilabel sebagai Yang Berhormat samseng, malah turut dimaki dan dihina sejak bergelar wakil rakyat bukanlah penyebab buat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Melaka, Norhizam Hassan Baktee bertindak ‘angkat kaki’ daripada terus menjadi ADUN.
Beliau sebaliknya terus bertekad menabur bakti kepada rakyat selagi khidmatnya diperlukan.
Iklan
Iklan
Norhizam berkata, beliau percaya rakyat akan terus mendambakan khidmatnya meskipun ada cakap-cakap mengatakan beliau hanya layak menjadi wakil rakyat sepenggal.
"Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Saya tahu kerja saya dan saya boleh menilai KPI (petunjuk prestasi utama) saya. Saya tahu rakyat Melaka dan Pengkalan Batu memang harapkan saya selesaikan masalah yang tertunggak ketika sejak zaman kerajaan terdahulu dan dibawa kepada saya. Insya-ALLAH saya boleh selesaikan,” katanya kepada Sinar Harian pada program Sinar Live di sini.
Iklan
Ditanya mengenai gayanya yang didakwa berlagak seperti anak muda, Norhizam berkata, itu memang gayanya dan bukan dibuat-buat.
"Ketrampilan saya memang begini, daripada sekolah hinggalah saya hari ini. Pakaian dan usia bukan ukuran, yang penting bagi saya seseorang itu mestilah kemas.
Iklan
Sementara itu, menyentuh perihal keluarga sama ada mereka menerima tempias kontroversi yang sering dikaitkan dengannya, Norhizam berkata, beliau banyak memberi nasihat kepada keluarganya untuk berhadapan dengan situasi seumpama itu.
"Saya nasihatkan mereka agar kuat kerana mereka tulang belakang saya selama ini. Alhamdu-lillah, isteri saya boleh menerima. Dia kenal siapa saya,” katanya.
Norhizam berkata, dari segi pendidikan, beliau mengakui hanya mendapat pendidikan sehingga tamat Tingkatan Lima.
"Saya sekolah tidak tinggi, hanya Tingkatan Lima. Selepas itu saya menceburi bidang perniagaan, berniaga logistik, mempunyai bas kilang dan kemudian jadi usahawan sehinggalah menjadi Yang Berhormat.
"Saya tahu apa yang saya buat. Kenapa dikritik saya buat kerja? Saya turun padang. Apa sahaja yang saya buat, selesaikan masalah penduduk. Cara saya memang tegas,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Isu urus babi paling sukar: Norhizam
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.