Bujins mahu jadi duta batik Malaysia
Iklan
Koleksi batik siri Pendekar oleh Bujins diperagakan model pada Majlis perasmian Pusat Jualan dan Galeri Bujins Batik di GM Bukit Bintang, Kuala Lumpur kelmarin.
PENGELUAR batik jenama Bujins beri tumpuan serius mahu menembusi pasaran Eropah menjelang 2020 nanti.
Pemiliknya, Amir Harith Mat Kashim berkata, beliau yakin perancangan tersebut dapat dicapai menerusi kolaboratif dengan beberapa pereka fesyen terkenal di peringkat antarabangsa.
Iklan
Iklan
"Setakat ini saya berjaya memperkenalkan batik jenama Bujins ke persada fesyen antarabangsa di Eropah seperti Paris, Milan dan Netherlands.
"Ternyata sambutan batik Malaysia yang dibawakan oleh Bujins amat diminati di sana sehinggakan semua produk batik yang saya bawa di beberapa acara fesyen berkenaan habis dijual," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Pusat Jualan dan Galeri Bujins Batik oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) Muhammad Bakhtiar Wan Chik di GM Bukit Bintang, Kuala Lumpur kelmarin.
Amir Harith (dua dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Muhammad Bakhtiar diiringi oleh Ibrahim pada Majlis perasmian Pusat Jualan dan Galeri Bujins Batik di GM Bukit Bintang, Kuala Lumpur kelmarin.
Hadir sama, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia), Ibrahim Ismail.
Iklan
Pemuda berusia 30 tahun itu memberitahu, Bujins ada menerima pelawaan daripada kerajaan Afrika Selatan untuk membuka perniagaan batik di sana.
"Tapi perkara ini masih lagi dalam pertimbangan. Ternyata mereka amat meminati kualiti dan kesenian batik daripada Malaysia.
"Melihatkan sambutan diterima, saya bercita-cita menjadi duta batik Malaysia suatu hari nanti. Apabila sebut batik Malaysia, dunia akan ingat Bujins," katanya
Dalam pada itu Amir Harith berkata, Bujins turut menerima tempahan batik daripada sebuah jenama restoran makanan segera terkemuka dunia.
"Projek ini melibatkan tempahan batik untuk uniform krew di restoran, kakitangan pengurusan dan tetamu kehormat mereka.
Suatu hari nanti mungkin krew restoran ini akan memperagakan batik menerusi uniform kerja mereka sekali gus menjadi duta kepada batik Malaysia yang dibawakan oleh Bujins," katanya.
Menyentuh mengenai pembukaan galeri barunya itu, Amir Harith berkata, beliau menyasarkan jualan batik Bujins meningkat kepada RM50,000 setiap bulan.
"Saya yakin mampu mencapai sasaran jualan ini kerana Bujins mempunyai akademi sendiri iaitu Bujins Academy yang boleh menjadi platform untuk melonjakkan lagi sasaran jualan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>