Penampilan Meghan Markle curi perhatian

Iklan
Markle berbual dengan seorang kanak-kanak di dalam masjid.

CAPE TOWN - Penampilan Duchess of Sussex, Meghan Markle memakai selendang ketika menziarahi masjid tertua di Afrika Selatan, Auwul, di Bo-Kaap pada hari kedua lawatan diraja mendapat pujian ramai.

Ia sekaligus membangkitkan kenangan terhadap ibu suaminya, mendiang Puteri Diana yang juga memakai selendang semasa melawat Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan pada tahun 1991.

Iklan
Iklan

Bukan itu sahaja, Diana turut mengenakan selendang ketika berada di masjid al-Azhar di Kaherah, Mesir setahun kemudian.

Meghan Markle
Iklan

Jelajah Afrika Selatan selama 10 hari Markle dan suaminya, Putera Harry bermula di bandar Cape Town Isnin lalu.

Iklan

Agama Islam mula diperkenalkan di Afrika Selatan oleh pemimpin Islam yang hidup dalam buangan dan hamba abdi pada penghujung tahun 1600-1700-an. - Agensi