23 terbunuh bas terjun gaung di Pakistan

Iklan
Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan 18 yang lain cedera apabila sebuah bas terjatuh ke dalam sebuah gaung di barat laut Pakistan. - FOTO REUTERS

PESHAWAR - Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan 18 yang lain cedera apabila sebuah bas terjatuh ke dalam sebuah gaung di barat laut Pakistan.

Menurut pegawai kanan polis, Zaibullah Khan, empat wanita dan enam kanak-kanak adalah antara yang maut, manakala enam orang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Iklan
Iklan

Kemalangan itu berlaku di kawasan Babusar Top bersempadan dengan wilayah Khyber Pakhtunkhwa dengan Gilgit-Baltistan.

Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan 18 yang lain cedera apabila sebuah bas terjatuh ke dalam sebuah gaung di barat laut Pakistan.

Iklan

Pakistan mempunyai rekod keselamatan lalu lintas yang lemah dan sering berlaku kemalangan maut.

Faktor sering dipersalahkan ialah pemandu, masalah jalan raya yang teruk dan juga kenderaan yang uzur.- AFP

Iklan