Kuala Terengganu, Besut catat IPU tidak sihat

Iklan
Imej bot penambang melintasi jambatan angkat atau `drawbridge' kurang jelas ekoran jerebu yang melanda negeri ini. - Foto Bernama

KUALA TERENGGANU - Dua lokasi di Terengganu merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat sehingga jam 9 pagi ini.

Berdasarkan aplikasi MyIPU Jabatan Alam Sekitar, lokasi yang terlibat ialah Kuala Terengganu dan Besut.

Iklan
Iklan

Kuala Terengganu yang merekodkan bacaan IPU 104 menunjukkan trend penurunan berbanding jam 12 tengah malam tadi iaitu 125.

Manakala IPU di Besut menunjukkan trend peningkatan iaitu 108 berbanding 95 pada jam 12 tengah malam tadi.

Iklan
Iklan

Kemaman dan Paka pula mencatatkan bacaan sederhana iaitu 97 dan 91.