Jerebu: Enam stesen di Sarawak sangat tidak sihat

Iklan
Sebuah bot nelayan kelihatan di pantai yang berlatarbelakangkan pemandangan matahari kemerahan akibat jerebu di Kampung Buntal yang terletak 30 kilometer dari bandaraya Kuching hari ini.
 -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Tiada stesen mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik hari ini dengan enam stesen di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat, demikian menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Enam stesen mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat pada jam 11 pagi tadi ialah Kuching (272), Samarahan (226), Sri Aman (212), Sarikei (236), Sibu (244) dan Mukah (207).

Iklan
Iklan

"Ini adalah disebabkan oleh jerebu merentas sempadan yang berpunca daripada kebakaran hutan dan perladangan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia," kata JAS dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut JAS, 39 stesen mencatatkan bacaan IPU tidak sihat manakala 23 stesen mencatatkan kualiti udara pada tahap sederhana.

Iklan

JAS berkata kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan masih menyebabkan jerebu merentas sempadan dan memberi kesan kepada peningkatan bacaan IPU di semua kawasan di sepanjang pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia, bahagian barat Sarawak dan sekitar kawasan Tawau dan Sandakan, Sabah.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Iklan

Untuk berita terkini berkaitan jerebu boleh layari www.bernama.com. - Bernama