Bekas pekerja enggan pulangkan gaji tersilap bayar dicari

Iklan
MOHD WAZIR

KUANTAN - Pengurus bahagian sumber manusia sebuah syarikat di sini membuat laporan polis terhadap dua bekas pekerjanya semalam selepas mereka enggan memulangkan wang gaji yang tersalah bayar berjumlah lebih RM7,000.

Difahamkan, dua bekas pekerja berusia 27 dan 43 tahun itu sudah dihubungi berhubung perkara itu, namun mereka didakwa enggan memberi kerjasama dan gagal memulangkan wang tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, pengurus berusia 27 tahun itu membuat bayaran gaji melalui melalui pemindahan wang secara atas talian kepada dua pekerjanya pada 7 Ogos lalu.

Menurutnya, pengadu menyedari dia tersilap masukkan wang tersebut ke akaun bekas dua pekerja yang diberhentikan sejak 25 Julai lalu.

Iklan

"Susulan laporan polis dibuat pengadu semalam, kita buka kertas siasatan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mohd Wazir berkata, pihaknya sedang mengesan dua bekas pekerja tersebut bagi membantu siasatan.

Iklan