Anwar terharu sokongan Usbo
Iklan
Anwar
KOTA BELUD - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik sokongan padu yang dizahirkan Pertubuhan Bumis Bersatu Sabah (Usbo) terhadap kepimpinannya pada masa kini.
Beliau berkata, sokongan yang dizahirkan oleh Presiden Usbo yang juga bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Penasihat Usbo, Datuk Seri Salleh Said Keruak tidak ada kaitan dengan politik kerana ia hanya sokongan daripada sebuah pertubuhan suku kaum yang terdiri daripada Bajau, Ubian, Melayu, Iranun dan Suluk.
Iklan
Iklan
Pada majlis itu, Pandikar yang mewakili Usbo turut menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Anwar selepas beliau dilantik menjadi Perdana Menteri dan ia disambut tepukan dan sorakan gemuruh lebih 10,000 orang yang hadir pada majlis itu.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Anwar berkata, apa yang penting sekarang adalah untuk membawa landskap politik baharu yang memikirkan rakyat dan menunjukkan teladan yang baik.
Iklan
"Saya yakin rakyat akan bersama kita jika kita menunjukkan teladan yang baik. Soal menjadi Perdana Menteri, perkara ini sudah dibincangkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekarang gilirannya mentadbir, saya tidak ganggu.
Sementara itu, sambil menzahirkan sokongan kepada kepimpinan Anwar, Pandikar dalam ucapannya turut menyifatkan Anwar sebagai pemimpin paling layak atau ‘the last samurai’ untuk menerajui kepimpinan negara selepas Mahathir.
Iklan
"Usbo menyokong penuh kepimpinan Anwar dan politik adalah dinamik. Keputusan kita pada hari ini kena ambil kira persekitaran politik masa kini. Kita menyokong bukan disebabkan mahukan jawatan atau apa-apa imbuhan kerana kita yakin Anwar mampu menyatupadukan seluruh rakyat di negara ini,” katanya.
Pada masa yang sama, Salleh turut merakamkan terima kasih kepada Anwar kerana hadir merasmikan majlis berkenaan dan menyatakan kepimpinan Anwar kini berada di landasan yang betul bagi menyelamatkan Malaysia yang kini terdapat politik ekstrem yang boleh menghancurkan negara.- Bernama
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.