Jerebu: Pelajar di Port Dickson cuti
Iklan
SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Setakat jam 9 pagi ini, sebanyak 63 sekolah seluruh daerah Port Dickson diarah tutup disebabkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melepasi paras 200 iaitu 212.
Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, disebabkan bacaan semakin tinggi, semua pelajar di semua sekolah di Port Dickson tidak dibenarkan hadir ke sekolah.
Iklan
Iklan
Guru-guru masih perlu hadir ke sekolah tetapi perlu memakai topeng untuk melindungi diri daripada jerebu."Pihak JPNS (Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan) akan terus memantau keadaan dan akan membuat makluman dari masa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan pagi ini.
Tambahnya, semua masyarakat dinasihatkan supaya menjaga kesihatan dan tidak digalakkan melakukan aktiviti luar sepanjang hari ini bagi mengelakkan diri daripada perkara yang tidak diingini.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Tutup sekolah jika IPU melebihi 200
Sebelum ini, Dr Mohamad Rafie memberitahu sekolah yang terjejas akibat jerebu di Negeri Sembilan akan ditutup sekiranya keadaan kualiti udara sangat berbahaya dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.
Iklan
Menurutnya, keputusan itu akan diambil sekiranya keadaan jerebu berada di tahap tidak sihat dan menjejaskan kesihatan pelajar.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>