KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) lebih selesa dan memilih bergerak bersendirian daripada menyertai mana-mana parti politik dari Semenanjung Malaysia, kata pengerusinya Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Abang Johari, yang juga Ketua Menteri Sarawak berkata, mereka sekarang memfokus kepada pembangunan negeri ini dan ingin memberikan sesuatu kembali kepada rakyat.