Bekas menteri pengajian tinggi meninggal dunia

Iklan
Allahyarham Shafie Mohd Salleh. - Foto Media Rasmi PPM

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pengajian Tinggi, Tan Sri Dr Shafie Mohd Salleh meninggal dunia di Hospital Selayang pada jam 9.30 pagi tadi dipercayai mengalami masalah pankreas.

Allahyarham, 73, yang juga Ketua Pengakap Negara dimasukkan ke hospital berkenaan selepas dikatakan sakit perut dan muntah sejak semalam.

Iklan
Iklan

Menurut laman Facebook Media Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), jenazah Allahyarham akan dimandikan dan dikafankan di Hospital Selayang sebelum disembahyangkan di Masjid Al Makmur, Kampung Ginching, Sepang selepas Zohor.

Sepanjang perkhidmatannya, Allahyarham pernah menjawat jawatan Ketua Pusat Penyelidikan Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Setiausaha Bahagian Kementerian Sumber Manusia dan Setiausaha Penyelidikan pada Analisis Dasar di Pusat Kajian Pembangunan Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Iklan
Iklan

Di samping itu, Allahyarham juga turut bergiat aktif dalam politik, pernah menjadi Ahli Parlimen Kuala Langat dan memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 2000 hingga 2003.