18 kawasan catat IPU tidak sihat

Iklan
Pemandangan di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya juga berjerebu dengan IPU menujukkan bacaan 139 kira-kira jam 11 pagi semalam. Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR - [VIDEO] Kualiti udara 18 kawasan di seluruh negara mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 3 petang hari ini.

Berdasarkan bacaan dalam laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), 18 kawasan itu terdiri daripada tiga di Kuala Lumpur, selain Selangor (lima), Negeri Sembilan (tiga), Melaka (dua), Sarawak (tiga) dan masing-masing satu di Johor dan Pahang.

Iklan
Iklan

Rompin di Pahang merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 196 manakala Sri Aman, Sarawak mencatatkan bacaan kedua tertinggi iaitu 182.

Pemandangan di bangunan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan di Negeri Sembilan yang terjejas ekoran jerebu semalam.Foto: BERNAMA

Sebanyak 48 stesen melibatkan Terengganu, Pahang, Perak, Selangor, Johor, Melaka, Johor Bahru dan Sarawak pula turut merekodkan bacaan IPU sederhana.

Iklan

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal APIMS untuk bacaan IPU semasa.

Iklan
Pemandangan sekitar Bandar Klang kabur ekoran jerebu semalam.Foto: BERNAMA

Isnin lalu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan kenyataan bahawa kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia menyebabkan jerebu merentas sempadan dan memberi kesan kepada peningkatan bacaan IPU di semua kawasan di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak.