Polis HK gagalkan protes sasar lapangan terbang

Iklan
Polis Hong Kong menahan penunjuk perasaan pro-demokrasi ketika protes di daerah Mong Kok, semalam.- Foto AFP

HONG KONG - Pasukan polis rusuhan yang dikerah ke seluruh bandar raya Hong Kong semalam dilaporkan berjaya menggagalkan rancangan penunjuk perasaan pro-demokrasi untuk sekali lagi menyasarkan lapangan terbang.

Terdahulu, forum atas talian yang digunakan gerakan penunjuk perasaan mengaktifkan rancangan untuk mengganggu dan menghalang laluan serta akses ke terminal fasiliti berkenaan.

Iklan
Iklan

Namun, kehadiran polis di stesen bas, feri dan kereta api utama di seluruh bandar raya berjaya menyekat kemaraan penunjuk perasaan.

Lapangan Terbang Hong Kong yang kelapan paling sibuk di dunia berulang kali menjadi sasaran penunjuk perasaan bagi meningkatkan tekanan terhadap Beijing dan pemimpin bandar raya itu sekali gus mencalarkan reputasi Hong Kong sebagai hab perniagaan yang stabil.

Iklan

Dalam pada itu, pengumuman mengejut Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam untuk membatalkan sepenuhnya rang undang-undang ekstradisi dilihat sebagai agak terlambat oleh penunjuk perasaan.

Menurut penunjuk perasaan, penentangan mereka hanya akan berakhir sekiranya tuntutan utama lain termasuk pengampunan bagi mereka ditahan dan siasatan terhadap pihak polis yang didakwa menggunakan kekerasan dipenuhi. - AFP

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Rang undang-undang ekstradisi Hong Kong dibatalkan sepenuhnya