Perhimpunan Bersatu curah rezeki pada peniaga

Iklan
Helly Mazwin menunjukkan sampin sutera yang berharga RM19,000 sehelai.

PUTRAJAYA - Biarpun tidak serancak perhimpunan parti-parti lain, namun aktiviti perniagaan pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kali ke-2 ini tetap menjadi rezeki buat peniaga.

Kurang persaingan disebabkan bilangan gerai jualan yang rendah, perhimpunan ini dianggap lubuk rezeki kepada peniaga.

Iklan
Iklan

Rata-rata peniaga yang ditemui berpuasa hati dengan jualan yang direkodkan sepanjang tiga hari berlangsungnya Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ini.

Bagi peniaga songket tenunan dan batik, Helly Mazwin Baharom berkata, dia amat bersyukur diberi peluang berniaga di sini.

Iklan

"Syukur alhamdulillah, jualan memberangsangkan," katanya.

Bawal Bersatu di gerai Nurul Nafizah mendapat sambutan.

Dia yang sebelum ini juga tidak melepaskan peluang berniaga di Perhimpunan Agung Umno saban tahun tidak menyangka dapat meraih pulangan berganda pada jualan ini

Iklan

"Kita tahu Bersatu masih baru, jadi tidaklah meletakkan sasaran yang tinggi tetapi sambutan sangat baik," katanya.

Bagaimanapun katanya, dia kesal kerana tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan sampin songket berlogo parti itu.

"Ramai yang datang tanya dan mahukan sampin Bersatu tetapi malangnya kami tidak mempunyainya.

"Tapi tidak mengapa, saya telah menghantar order kepada tukang tenun untuk membuat," katanya.

Helly Mazwin, 41, menggunakan label Danial Haikal Collection menjalankan perniagaan di Plaza Angsana Johor Bahru.

Sementara itu bagi peniaga tudung dari Kota Bharu, Kelantan, Nurul Nafizah Muhammad Nasir, tudung bawal bertakhta manik bercorak bunga raya menjadi sambutan pelanggan.

"Harga dijual RM35 sehelai ke atas," katanya.

Menurutnya, pelanggan boleh membuat pelbagai corak mengikut kehendak mereka.

"Kami menerima custome made mengikut keinginan pelanggan," katanya.

Katanya, sehingga tiga hari berniaga, mereka sudah mendapat pulangan.

"Alhamdulillah walaupun hari ini kurang sedikit kehadiran pelanggan, namun sambutan tetap memberangsangkan," katanya.