Jenazah Mohd Zahir selamat dikebumi dengan istiadat tentera

Iklan
Lebih 2,000 orang terdiri ahli keluarga, rakan setugas dan penduduk kampung hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

IPOH - [DIKEMASKINI] Majlis pengebumian Pegawai komando 11 Rejimen Gerup Gerak Khas, Mejar Mohd Zahir Armaya di Tanah Perkuburan Islam Tambun dilaksanakan dengan penuh adat istiadat ketenteraan pasukan itu bermula pada jam 7.45 pagi tadi.

Mohd Zahir, 36, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada jam 9.28 pagi semalam selepas terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah.