Jubah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan di Kompleks Muzium Sarawak
Iklan
Foto DayakDaily
KUCHING - Jubah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Sulong Matjeraie akan dipamerkan kepada orang awam di galeri Kompleks Muzium Sarawak yang baharu.
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Hamzah berkata, Sulong ialah anak Sarawak pertama dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 2012 sehingga 2013 sebelum beliau bersara wajib.
Iklan
Iklan
"Kita berterima kasih kepada Tan Sri kerana sudi menyerahkan jubah yang pernah dipakai oleh beliau pada ketika itu untuk pihak muzium sebagai koleksi khas.
"Selain jubah Tan Sri Panglima Sulong, jubah Datuk Sebastian Ting Chiew Yew ketika beliau menjadi Peguam Negara juga turut akan dipamerkan,” katanya pada sidang media Sarawak Regatta-Kuching Waterfront Festival 2019 di sini hari ini.
Iklan
Iklan
Kompleks Muzium Sarawak bernilai RM323 juta itu dijangka dibuka kepada orang awam pada Januari depan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Zikir di tanah kubur boleh diwarta sesat jika menyalahi ajaran Islam'"><meta itemprop="description" content="'Zikir di tanah kubur boleh diwarta sesat jika menyalahi ajaran Islam'
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian, 
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AjaranSesat #TanahPerkuburan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T06:21:18.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZkqoC1fLsFUTv0-h8/x120"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9wwvpo"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9wwvpo"></script>