Bekas Presiden Sudan didakwa guna dana asing

Iklan
Bashir ditempatkan di dalam sangkar logam ketika hadir sesi perbicaraan ketiga di Khartoum.

KHARTOUM - Bekas Presiden Sudan yang digulingkan, Omar al-Bashir semalam didakwa melakukan pemerolehan secara haram dan menggunakan dana asing.

Hakim al-Sadiq Abdelrahman membacakan pertuduhan itu ketika sesi perbicaraan ketiga dengan merujuk kepada beberapa mata wang asing yang ditemukan di kediaman Bashir.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa telah merampas beberapa mata wang asing termasuk AS$351,770 (RM1.4 juta) dan 6.9 juta Euro (RM31.9 juta) yang diperoleh dan digunakan secara haram.

Ketika bercakap buat kali pertama dari dalam sangkar logam, Bashir, 75, mendakwa wang yang dirampas itu adalah baki dana AS$25 juta (RM105 juta) yang diterima daripada Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman (MBS).

Iklan

"Pengurus pejabat saya menerima panggilan daripada pejabat MBS memaklumkan beliau ada 'mesej' yang akan dihantar menerusi jet peribadi. Kami dimaklumkan MBS enggan namanya dikaitkan dengan transaksi tersebut jika dana itu didepositkan kepada bank Sudan atau Kementerian Kewangan, namun sumbernya perlu dikenal pasti," jelasnya.

Bashir bagaimanapun gagal memberikan butiran secara spesifik tentang tarikh beliau menerima dana tersebut yang didakwa diterima sebagai sebahagian daripada hubungan strategik dengan Riyadh.

Iklan

Di bawah undang-undang negara itu, hukuman pemerolehan kekayaan secara haram boleh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun manakala kesalahan menggunakan dana asing secara tidak sah boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun. - Agensi