Lebih 10,000 hadir Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 peringkat Kedah

Iklan
Cuaca panas tidak menghalang kira-kira 10,000 penduduk membanjiri kawasan berkenaan demi menyaksikan Istiadat Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Kedah di Dataran Medan Bandar, di sini hari ini.

ALOR SETAR - Lebih 10,000 penduduk dari seluruh negeri membanjiri bandar raya ini demi menyaksikan Istiadat Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Kedah di Dataran Medan Bandar, di sini hari ini.

Orang ramai mula berkumpul seawal jam 7 pagi di sepanjang laluan dari Pekan Melayu hingga ke Dataran Medan Bandar.

Iklan
Iklan

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dengan diiringi Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff berkenan berangkat menyaksikan sambutan kira-kira jam 9.30 pagi.

Sultan Sallehuddin turut berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama Batalion Ke-6 Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra dalam Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 peringkat negeri itu.

Iklan

Turut berangkat, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

Keberangkatan baginda turut diiringi Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Kerabat Diraja lain.

Iklan

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersama isterinya, Tok Puan Norzieta Zakaria.

Terdahulu, kira-kira 5,000 peserta terdiri daripada 108 kontinjen dari pelbagai agensi termasuk agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pasukan berpakaian seragam, universiti dan sekolah mengambil bahagian dalam perarakan itu.

Antaranya, Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEIK), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kelab Basikal Klasik Alor Setar dan Vespa Santai.