Kelindan maut lori kargo terjunam ke gaung
Iklan
SRI AMAN - Seorang maut dan dua mengalami cedera parah apabila sebuah lori kargo hilang kawalan lalu terjunam ke dalam gaung di Bukit Bengunan, KM49, Jalan Sri Aman-Kuching di sini pada awal pagi tadi.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sarawak Supt Alexson Naga Chabu, siasatan awal mendapati lori kargo berkenaan hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan jatuh ke dalam gaung ketika menuruni Bukit Bengunan menuju ke Sri Aman dari arah Kuching pada 12.45 pagi.
Iklan
Iklan
Kata beliau, akibat daripada kemalangan tersebut, seorang kelindan lori maut di tempat kejadian (disahkan meninggal dunia oleh paramedik Hospital Sri Aman), manakala pemandu lori dan seorang lagi kelindannya cedera parah.
Menurut Alexson, kelidan lori yang maut dikenali sebagai Mohammad Firdaus Jamuri, 27, Taman Puchong Intan, Selangor, manakala pemandu yang cedera parah bernama Robinson Bujang Ak. William, 33, berasal dari Sri Aman, sementara seorang lagi kelindan yang cedera parah dikenali sebagai Edward Ricky Ak. Mat Jingan, 25, dari Kuching.
Iklan
Katanya, lori berkenaan remuk teruk keseluruhan bahagian dan terputus dua bahagian badan dan kepala lori.
Beliau berkata, siasatan yang dijalankan di tempat kejadian mendapati sistem jalan dua hala itu mempunyai garisan berkembar dan ketika kejadian keadaan jalan raya adalah basah selepas hujan.
Iklan
Katanya, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sri Aman dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama
BERITA SEMASA 10 MEI 2024
Seekor buaya tembaga berjaya ditangkap selepas tersangkut pada pukat penduduk kampung dalam kejadian di Sungai Nipah Tambisan di Felda Sahabat, pada Rabu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Buaya jantan yang mengalami kudung pada kaki depan sebelah kiri itu dianggarkan seberat 900 kilogram berjaya ditangkap selepas lebih tiga jam operasi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lahad Datu, Kapten (PA) Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung pada jam 9 pagi.
Jelasnya, sepasukan anggota APM dikejar ke lokasi sebaik menerima laporan tersebut dan operasi menangkap buaya dilakukan dengan menggunakan kaedah tali.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664034/edisi/sabah-sarawak/lebih-tiga-jam-tangkap-buaya-tembaga-900kg
Muzik: Elevate dari www.bensound.com