16 rumah rosak dilanda ribut

Iklan
Bumbung sebuah rumah yang tercabut akibat ribut petang tadi.

KUANTAN - Sebanyak 16 rumah rosak dalam kejadian ribut yang melanda beberapa kawasan di sekitar Kampung Sungai Karang Darat di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, sebuah keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Karang Darat berikutan keadaan rumah mereka rosak teruk akibat kejadian tersebut.

Iklan
Iklan

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Pesuruhjaya (PA) Zainal Yusof berkata, 15 rumah lagi turut mengalami kerosakan namun masih selamat diduduki.

Menurutnya, kejadian melibatkan 51 mangsa daripada 16 keluarga.

Iklan

"Antara kawasan terlibat dalam kejadian ribut petang tadi termasuk Kampung Sungai Karang Darat, Taman Kristal dan Taman Sungai Karang Darat 2.

Keadaan salah sebuah rumah penduduk yang terjejas dalam kejadian ribut petang tadi.

"Kebanyakan rumah terlibat mengalami kerosakan pada bahagian bumbung ekoran atap tercabut diterbangkan ribut," katanya.

Iklan

Zainal berkata, sebuah rumah dilaporkan mengalami kerosakan bahagian dapur akibat dihempap pokok tumbang, namun tidak melibatkan sebarang kecederaan kerana penghuni tiada di rumah ketika kejadian.

"Siasatan awal telah dijalankan dan maklumat diserahkan kepada pegawai daerah untuk tindakan lanjut.

"Bantuan kit makanan telah dibuat kepada mangsa-mangsa yang terjejas," katanya.