Pencari ketam jumpa mayat di hutan paya bakau
Iklan
PONTIAN - Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan mereput dengan kepala dan bahagian badan terpisah di kawasan hutan paya bakau di Kukup di sini kelmarin oleh seorang pencari ketam.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, mayat terbabit dipercayai penduduk tempatan berusia lingkungan 40-an.