'Doa rakyat Malaysia diperlukan'

Iklan
Koperal David Edmund Rapi (kiri) dan Lans Koperal Moses Logers dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) dilapor hilang di Pulau Perak sejak Julai lalu.

KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua anggota tentera yang hilang di Pulau Perak, Kedah, Julai lepas, masih diteruskan tetapi belum ada sebarang indikasi baharu, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Beliau memohon kepada semua rakyat Malaysia agar berdoa bahawa satu keputusan dapat dibuat dalam tempoh terdekat.

Iklan
Iklan

"Saya amat memahami keadaan keluarga yang menunggu perkembangan lanjut kes ini dan apa yang kita boleh buat adalah bersabar,” katanya pada wawancara khas bersama media sempena Hari ATM yang ke-86, di Wisma Pertahanan di sini.

Dua anggota berkenaan iaitu Koperal David Edmund Rapi dan Lans Koperal Moses Logers dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) berpangkalan di Kem Bukit Cowder, Perlis, dilapor hilang di pulau itu selepas gagal dikesan ketika Ketua Penempatan membuat pemeriksaan bagi mengira kekuatan anggota.

Iklan

Kejadian itu adalah kali kedua kes kehilangan anggota ATM di Pulau Perak. Kejadian pertama pada 3 Oktober 2016 yang membabitkan Koperal Johbartlee Kanil, 32, dari Sabah dan Koperal Mohd Faizol Rosli, 29, dari Kampung Sungai Limau di Pulai, Baling, yang dilapor terjatuh ke laut ketika mengambil air.

Mohd Faizol ditemukan anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) dalam jarak 30 meter dari Pulau Perak selepas empat hari hilang, namun Johbartlee masih belum ditemukan sehingga kini. - Bernama

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Pencarian dua tentera hilang akan dipergiat