16 hektar kawasan hutan di Gelang Patah terbakar
Iklan
Keadaan kebakaran hutan yang diambil daripada tinjauan Unit Udara JBPM.
JOHOR BAHRU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran membabitkan kira-kira 16 hektar kawasan hutan di Kampung Pekijang, Gelang Patah.
Difahamkan, kerja-kerja memadamkan api itu sudah dijalankan sejak dua hari lalu yang mana pada mulanya hanya melibatkan empat hektar kawasan hutan berkenaan.
Iklan
Iklan
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Johor, R Saiful Iswandy R Hassan berkata, operasi pemadaman itu melibatkan 70 anggota dan pegawai dari 10 balai bomba dan penyelamat (BBP) dalam Zon 1, Johor.
"Bomba menerima panggilan pertama berhubung kejadian ini pada jam 11.45 pagi, 21 Ogos lalu. Keluasan kebakaran sehingga hari ini didapati telah merebak kepada 16 hektar.
Iklan
"Untuk mengelakkan kebakaran daripada terus merebak, pihak kami sedang membuat parit di sekeliling kawasan kebakaran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Unit Bantuan Udara JBPM juga sudah digerakkan ke lokasi bagi membantu mencari strategi terbaik mengatasi kebakaran yang semakin merebak.
Iklan
"Tinjauan melalui udara dibuat sebagai langkah untuk mengatur strategi pemadaman kerana dapat melihat secara menyeluruh dan mencari sumber berkaitan operasi tersebut," jelasnya.
Beliau berkata, kebakaran bagaimanapun masih terkawal dan tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>