Projek pembangunan di Tasir Kenyir siap Mac depan
Iklan
Ariffin (kiri) mengadakan lawatan di Taman Pertanian Negeri Sekayu di Hulu Terengganu hari ini.
HULU TERENGGANU - Projek pembangunan di Pulau Poh, Tasik Kenyir di sini yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM430 juta dijangka siap sepenuhnya pada Mac tahun hadapan.
Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, projek itu merangkumi pembinaan jambatan, Marina Pengkalan Gawi dan hotel bertaraf tiga bintang.
Iklan
Iklan
Menurutnya, projek pembangunan infrastruktur tersebut mampu memberikan lebih kemudahan kepada pengunjung sekali gus menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke tasik buatan manusia itu.
"(Pembinaan) jambatan jangka selesai November ini, manakala hotel Mac tahun depan.
Iklan
"Peruntukan pada tahun ini sahaja untuk pembinaan hotel lapan tingkat yang mempunyai 150 unit bilik adalah sebanyak RM30 juta. Keseluruhan projek bawah peruntukan kerajaan negeri ini akan siap sepenuhnya selepas pembinaan hotel siap kelak.
"Jangkaan operasi hotel ini belum dipastikan kerana belum ada 'player'. Jadi kita pelawa mana-mana pihak khususnya pengusaha hotel yang berminat memiliki hotel ini dengan adanya perjanjian khusus daripada kerajaan negeri," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Taman Pertanian Negeri, Sekayu di sini sempena lawatan kerja ke daerah Hulu Terengganu hari ini.
Terdahulu Ariffin diberikan taklimat di Pejabat Daerah Hulu Terengganu mengenai beberapa lokasi pelancongan di daerah ini.
Dalam perkembangan berlainan, Ariffin berkata, kerajaan negeri dalam perancangan untuk menilai kembali kawasan air terjun di negeri ini yang mempunyai potensi besar untuk terus dibangunkan sebagai destinasi pelancongan.
Menyentuh mengenai Taman Pertanian Negeri Sekayu, beliau berkata, kawasan itu begitu berpotensi dijadikan sebagai agro pelancongan bagi menarik kehadiran pengunjung terutamanya sepanjang musim buah-buahan.
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.