Rumah hangus, penghuni sempat selamatkan diri

Iklan
Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres kelas A berkeluasan 40x70 kaki persegi.

KUALA LUMPUR - Penghuni sebuah rumah sempat menyelamatkan diri daripada rentung apabila kediaman diduduki di Jalan 13 Kepong Ulu di sini terbakar pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian pada jam 6.30 pagi.