KUALA LUMPUR - Apa juga alasan di sebalik pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik, ia tidak wajar diterima dan dimaafkan dengan mudah kerana tindakan itu seolah-olah menghina dan mempersendakan kedaulatan negara Malaysia yang merdeka.
Pakar sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, alasan dangkal seperti lupa cara pasang, tersalah pasang atau dipasang oleh warga asing itu tidak rasional untuk diterima memandangkan Malaysia sudah merdeka 62 tahun.
Menurutnya, bendera adalah tentang maruah, kedaulatan dan imej negara dan sekiranya dipasang terbalik, ia suatu penghinaan dan penderhakaan kepada kedaulatan negara kita Malaysia.
"Kita kena baca mesej tersirat di sebalik pemasangan bendera terbalik ini. Mereka cuba mencabar kedaulatan negara dan keagungan Malaysia sebagai sebagai negara merdeka. Kalau tak suka bendera Malaysia, keluarlah dari negara ini. Sikap kurang ajar seperti mereka ini tidak layak jadi warganegara Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Lagi kes Jalur Gemilang terbalik