Selisih pendapat itu biasa

Iklan
Antara yang memeriahkan Program Kembali ke Sekolah , Gunting Rambut Percuma di Bangunan Arked Niaga MPSPK, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani.

SUNGAI PETANI – PKR sentiasa bersikap terbuka dalam mengambil kira pendapat semua pihak selaras dengan amalan demokrasi yang diamalkan parti berkenaan.

Ketua Cabang PKR Sungai Petani, Dr Robert Ling Kui Ee berkata, perselisihan pendapat pasti berlaku dan ia menjadi lumrah dalam mana-mana parti politik.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Adun Sidam berkata, pihaknya percaya semangat kepartian mampu menyatupadukan kembali anggota biarpun sebelum ini ada perbezaan pendapat antara satu sama lain.

"Beza pendapat sikit-sikit itu biasalah, ada salah faham macam hubungan adik-beradik, macam tu jugalah dalam parti, tetapi kita percaya dengan kekuatan yang ada, kita mampu memperbaiki hubungan ke arah lebih baik.

Iklan

"Bukan sahaja dengan anggota PKR malah hubungan dengan semua parti gabungan PH,” katanya ketika ditemui Sinar Harian sempena Program Kembali ke Sekolah, Gunting Rambut Percuma di Bandar Puteri Jaya, semalam.

Hadir sama, Ketua Bahagian Bersatu Sungai Petani, Mohd Faisol Mansor dan tiga Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani, Juliana Abdul Ghani, Abdul Razif Abdul Bar dan Mohd Firdaus Yusof.

Iklan

Menurutnya, penganjuran program secara usahasama dengan Bersatu Bahagian Sungai Petani itu menunjukkan hubungan akrab pihaknya dengan rakan politik lain.

Sementara itu, Mohd Faisol berkata, program gunting rambut percuma berjalan lancar bermula 9 pagi sehingga 12 tengah hari menerima lebih 60 kehadiran membabitkan peserta berusia lima tahun ke atas.

Menurutnya, ia sebagai salah satu program kemasyarakatan membantu rakyat Dun Sidam dan sekitar Sungai Petani meringankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan menjelang sesi persekolahan 2019.

Dalam perkembangan lain, mengulas berhubung jumlah ahli Bersatu Sungai Petani yang mencecah 3,000 orang, pihaknya percaya parti itu kini mendapat tempat di hati rakyat bagi meneruskan perjuangan politik negara.